SPA

Time is chasing YOU!

Tuesday, November 11, 2008

La Liga W10: Real Madrid Vs Malaga



Gol kemenangan,Higuain skor gol yg keempat malam itu.

Malam ahad baru2 ni tgk r game ni,dalam pukul 3 pagi.Real madrid berhadapan dgn Malaga yg baru naik first divisyen.Agak mendebarkan jugak r game ni.Pasal real madrid,my fav team,asyik bolos je,pastu equalized.Mula2 team malaga score dulu,Eli,FW dieorg,dahle marcelo dgn heinze selamber je die anak2kan.Casillas pun jadi blur.hahaha nak gelak aku tgk.Pastu Higuain score,bola muntah dari GK dieorg,Arnau,selepas Marcelo shooting,passing yg lawa dari Guti(kapten).
Pastu kene gol plak,gol senang,heinze yg sengal tuh wat selamber je,x marking pun Baha,CF. Casillas plak tgk je bola tuh masuk gawang,at least fly r jgk nak save ke,ni tgk je,senok.Pastu,Ramos kena kad merah.,akibat pijak Eli(kat dada die),xsengaj opun,siap mintok maaf lagi,ref pun sengal terus bagi merah,abih kurang pun firs yellow.Ni yg jadi drama ni dapat penalti,selepas Higuain nak passing kat Guti,kenal tangan defend dieorg.PENALTI.So,HT 2-2.
Second half,dieorg skor dulu,penalti,Gago jatuhkan Duda dalam kotak penalti.Apono selambe je shoot kene palang,gol,2-3.lepas je spot kick,gago dribble 2@3 org pass kat Higuain,shoot daril luar kotak penalti,kaki kanan.GOL,3-3.Perghhh...ni r gol of the match.Lawa gol ni. lepas real duk asyik attacking je,pastu kantoi dieorg counter,tapi,GUti ade,curi bola,through pass kat Van Der Vaart,cross dr kiri,Higuan nak kejar bola tuh,pastu selamber bek Malaga tckle Pipita ni.Penalti!!!
Higuain nak amik penalti,kalau gol,cipta sejarah r 4 die skor malam tuh.sekali die nak skor,Arnau save plak,tapi......bola tuh muntah betul2 kat depan Pipita,apelagi shoot dgn kaki kirinye masuk dalam gawang,GOL,4-3.Mendebarkan betul.4 gol!!!!umur baru 20 tahun,skarang golnye dalam liga sudah 9 gol.

Rma:
Iker Casillas,Ramos,Cannavaro,Heinze,Marcelo,Guti,Gago,Sneijder,Drenthe,Higuain,Van Der Vaart.
Subs masuk:Salgado(Sneijder),Saviola(drenthe),Van Der Vaart(Diarra)

Pro Evolution Soccer 2009













Nama game: Pro Evolution Soccer 2009
Keluaran: Konami
Name glamer: Pes 2009
Rating: 4/5

Summary:
Game ni sebenarnye best gile.Pergghh...siap ade UEFA champions league,tu yang best,kalau yg edition sebelum ni,xde pun.Pastu Legend ade jugak.Legend ni pasal satu player kite reka sendiri muka,badan,aksesori,stail bermain,semer atas kite,nak diperkenalkan ke dalam liga2 seperti Seria A, La Liga EPL.Posisi yang ade kecuali GK.Umur start 17 tahun.Best jgk r.Tapi mase mula2 main ade r scout match,scout match ni first game kite untuk attract scout2 dr kelab2 bola.Main kene bagus r nak attract kelab yg best sket.lps dah masuk kelab die bg kite training match dulu,kalu kite train bagus,slow2 masuk first team.HIhihi,aku masuk first team baru first season,dah jadi top scorer kelab tu,Osasuna.Score 9 gol,assist byk gok.
Tapi yg dak bestnye game tuh dh jadi history,dah terdelete.huhuhuhu(sedihh).Hahaha

Kelemahan:
Kelemahan game ni macm biase ade kelab yg tak pakai jersi betul2,xleh permision kot.
Kelab German(bundesliga) pun xde.Nama2 player negara German pun lain.

Kelebihan:
Edition kali ni gameplay die laju skit(ni yg best).Muke player real giler.yg x terkenal tu xreal r.

Friday, October 31, 2008

Real Madrid Kalah jugak dengan Kelab kerdil.


Nak buat macam mane,dahlah kalah,game pun macam hampeh,geram je aku tengok game ni.
Coach pun lembap,ade ke pakai Salgado,si tua, yang lembap dan gila2 tuu,nak pakai orang muda takut sangat.Kecewa.
Tapi ni baru frst leg,dapat 2 bijik goals away lak tuh.
Real Irun 3 - 2 Real Madrid
Gol : Higuain,Saviola.
Harap2 kat home nanti dapat menang besar la,5-0 ke,bagi la chance kat player muda,BUeno tuh.
laju sikit game.

Tapi yang mengejutkan sikit di first half,dalam minit ke 15 rasenye,player muda midfield,Ruben De La Red,tiba2 pengsan,xsedor.rebah menyembam muke di padang.
lepas bace kat website kelab ni,doktor cakap die ade low blood pressure mase main,darah x bjalan lancar,kot.Ala,macam bdak2 pengsan time kawat,dulu mase sekolah ramai gak bdak yang pengsan,muke pucat je.Agaknye air x cukup kot.tula kawan2,minum air secukupnye,ye 8 gelas sehari,nak minum leih boleh jugak.tapi air masak ye,jangan korang minum air gas pulak 8 botol sehari plak,kahkahakah.

Friday, October 17, 2008

10 Zon Larangan Cinta

Percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamu yang sebenar dan percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.

1. Bercinta kerana simpati dan kasihan
Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.

2. Melirik kepada jejaka/gadis lain
Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. Bersikap hipokrit
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. Sanggup menyerah kalah
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. Terima semua kesalahan
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.

6. Harus sentiasa bersama
Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. Rapat dengan sahabat karib si dia
Kamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. Berpura-pura tidak cemburu
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. Terlalu menerima sikap si dia
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. Biarkan si dia sahaja membayar
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Hindari Daripada Gangguan Syaitan.

Setiap Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum.

Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).

Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?

Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”

Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).

Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. – (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” – (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

Hubungan Anak-Mentua

Kata orang, perkahwinan itu suatu yang indah untuk dilalui namun di dalam indah itu ada juga terselit liku-liku yang terpaksa diharungi.

Hubungan dengan mentua atau ibu dan bapa kepada pasangan yang dinikahi sering disebut-sebut antara cabaran besar yang akan menguji kehidupan berumahtangga.

Lihat saja realiti dalam kehidupan kebanyakan masyarakat baik apa bangsa sekalipun, hubungan antara mentua dan menantu terutamanya antara ibu mentua dengan menantu perempuan selalu dihimpit masalah dan tekanan.

Sememangnya, ada menantu dan mentua yang mempunyai hubungan yang sangat baik dan akrab, ada juga yang melalui hubungan tidak begitu baik dan ada pula sekadar biasa saja.

Namun, mengapa agaknya segelintir perhubungan antara mentua dan menantu?

Cetusan konflik selalunya bermula pada pertemuan pertama. Sejak itu lagi, bakal menantu biasanya tertanya-tanya, adakah 'bakal mentua' akan menyukainya ataupun tidak.

Individu yang sensitif dapat 'menghidu' apa perasaan bakal mentua pada pandangan pertama lagi. Bakal pengantin perempuan juga selalunya boleh mengesan jika bakal mentua mereka, terutama bakal ibu mentua merestui hubungan yang ingin dimeterai ataupun tidak.

Bagi sesetengah yang lain pula, kerumitan akan mula wujud saat membuat persiapan perkahwinan. Ketidaksefahaman mungkin terjadi apabila masing-masing ingin membuat keputusan dalam persiapan yang sedang diadakan itu.

Pasangan (suami atau isteri) juga juga boleh menjadi punca perbalahan atau wujudnya perasaan berbaur negatif antara mentua dan ibu mereka terutama apabila mereka tidak menjadikan pasangan mereka sebagai keutamaan.


Jika perhatian dan tanggungjawab yang seharusnya diberikan tidak dilaksanakan oleh si anak ataupun menantu juga boleh membuatkan ibu bapa sentiasa 'menagih' waktu, wang ringgit, kasih sayang dan kesetiaan.

Lalu, isteri atau suami pula akan merungut mengenai pasangan mereka yang membiarkan kehidupan mereka dikawal oleh ibu atau bapa.

Konflik juga boleh timbul sekiranya ibu bapa mentua tidak menunjukkan rasa hormat terhadap hak peribadi anak mereka yang sudah berumahtangga.

Antara penyebab lain pula adalah bila lebih banyak kritikan yang dilemparkan berbanding rasa hormat atas perbezaan yang ada. Anak menantu yang lebih banyak dikritik daripada dihargai oleh ibu bapa akan berasa sakit hati, salah faham dan juga marah. Pada perspektif sesetengah mentua pula, menantu hanya akan mendapatkan mereka bila inginkan bantuan saja.

Pun begitu, satu perkara yang harus diingat mana-mana ibu mentua mahupun yang bakal bergelar ibu mentua, kedudukan seorang ibu mentua tidak lagi sama seperti kedudukan seorang ibu kandung. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menghubungi atau bertandang ke rumah anak dan menantu mahupun masuk campur dalam urusan kehidupan mereka. Suami atau isteri anaknya adalah keutamaan dalam kehidupan anak mereka kini.

Seperti kata Pembantu Teknik Awam, Rosmaini Salleh, 27, sekiranya seseorang itu sudah memainkan peranan mereka sebagai seorang anak dan menantu dengan sebaiknya, konflik dan masalah dalam perhubungan menantu dan mentua dapat dielakkan.

"Sebagai anak, kita seharusnya bijak melaksanakan kedua-dua tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagai seorang anak.

"Masalah mentua-menantu terutama antara ibu mentua dan menantu perempuan yang selalu berlaku dalam masyarakat kita mungkin terjadi bila si ibu cuba membanding-bandingkan bagaimana mereka menjaga anak mereka dengan bagaimana pasangan anaknya menjaga anak mereka.

"Ini tentunya dapat dielakkan jika kedua-dua anak dan menantu berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," ujarnya.

Isteri Rosmaini, Sharifah Atan, 23, pula berkata, 'persaingan' antara menantu serta mentua yang bersifat pilih kasih juga boleh menjadi faktor yang boleh menimbulkan masalah dalam hubungan mentua-menantu.

"Ada sesetengah mentua yang mempunyai menantu kesayangan hingga membuatkan menantu lain berasa terpinggir atau kecil hati. Ini yang boleh merenggangkan hubungan antara mereka.

"Sebaik-baiknya, mentua jangan membeza-bezakan layanan mereka kepada menantu dan setiap menantu pula saling menghormati antara satu sama lain, barulah hubungan antara mereka dapat dijalinkan dengan baik.

"Saya sendiri bersyukur kerana keluarga mentua melayan saya dengan baik dan banyak memberi tunjuk ajar sejak saya menyertai keluarga mereka setahun lalu.

"Pokok pangkalnya, kita mestilah saling berusaha mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain dan mengelakkan sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan ini," kata Sharifah.

Shahidah Din, 53, suri rumah yang juga ibu kepada empat orang anak pula berkongsi pendapat beliau, ibu bapa harus bersifat lebih terbuka dan bertolak ansur dengan anak dan menantu mereka.

"Kehidupan anak-anak kini penuh dengan pelbagai komitmen. Jadi, masing-masing tentunya tidak dapat memberikan perhatian seperti mana yang diberikan sebelum berumahtangga dulu.

"Dalam soal ini, ibu bapa seharusnya lebih bertolak-ansur. Seperkara lagi, janganlah pula terlalu campur tangan dalam soal rumah tangga anak-anak. Biarlah mereka membuat keputusan sendiri. Bila mereka perlukan bantuan, barulah kita bantu. Cuma, apa yang harus ditegur, kita tegurlah," kata beliau yang lapan tahun bergelar ibu mentua.

"Sejak mula lagi, saya dan suami pastikan kami melayan menantu sama seperti anak sendiri. Saya selalu ingatkan diri sendiri, saya juga ada anak-anak lain yang satu hari nanti akan menjadi menantu orang juga. Takut kalau kita layan menantu dengan buruk, perkara yang sama akan terjadi kepada anak kita pula," katanya sambil menyatakan sifat saling hormat adalah perkara terpenting dalam jalinan hubungan mentua-menantu.

Apapun, setiap manusia ingin diri dihargai. Perasaan ini dapat dizahirkan apabila kita saling menghormati antara satu sama lain dan memahami batas perhubungan mentua dan menantu.

Masing-masing harus tahu bagaimana hendak menjaga hati masing-masing.

Pada yang bergelar suami atau isteri pula, pastikan perasaan pasangan anda juga dijaga sebaiknya. Kebanyakan konflik mentua-menantu dapat dielakkan apabila setiap pasangan tahu bahawa kedudukan mereka lebih diutamakan daripada yang lain.

Tips memastikan hubungan dengan mentua-menantu sentiasa baik


* Cuba bermesra - Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.

* Dahulukan keluarga anda - Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.

* Usah babitkan anak-anak dalam masalah - Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.

* Dapatkan nasihat - Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.

* Terima seadanya - Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Oleh Diyanah Anuar

Tanggungjawab Bapa Selepas Anak Dilahirkan








1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah - Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasyaat Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu.

Pemilihan nama yang utama - Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: " Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) -

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. - Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.

Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.

Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama> -nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. - Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak - Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang> boleh memalukannya.

5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin

6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. - Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail. -

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat
e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam

7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan

L. Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Wednesday, October 15, 2008














(gambar sekadar hiasan)


Pilihan?Apa ada pada agama?

Setelah kita berusaha membincangkan masaalah sekufu. Kali ini kita berbincang cara mencari calon. Hadith yang biasa kita dengar sebagai galakkan kepada lelaki ialah : قال صلى الله عليه وسلم للشباب: تنكح المرأة لأربع: لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها. فاظفر بذات الدين تربت يداك) رواه مسلم
Maksud: Kamu Nikahi perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung.Bagi orang perempuan pula :
،للمرأة ووليها قالصلى الله عليه وسلم: (إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض رواه الترمذي وقال حديث حسنMaksud: Apabila kamu dipinang oleh mereka yang kau redho agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Sekiranya tidak dilakukan, akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang meluas.Hadith pertama jelas menunjukkan ramai orang akan memilih tiga yang terawal. Harta, keturunan dan kecantikan. Sering melupakan yang keempat dengan janji keberuntungannya.Apa ada pada harta?Harta adalah sesuatu yang berada ditapak tangan, seseorang itu hanyalah sebagai pengurus kepada harta tersebut. Harta boleh hilang sekelip mata. Dulu kita ada rumah besar, kilang perniagaan besar, sekelip mata ditenggelamkan dik hujan. Kita punya BMW baru tadi berlanggar, kita punya duit dalam bank semalam bank itu diisytihar muflis. Malah kalau kita punya duit sedikitpun ia akan hilang bila dicuri. Lebih dasyat dari itu, kita takkan dapat menfaat sedikit pun jika USD100juta ditanam bersama mayat kita. Apa yang kau mahu dengan harta. "kau jangan kawin dengan orang miskin kau akan merana" "kau jangan kawin dengan orang kaya, kau akan dihinakan"Aku nak cari juga yang kaya, yang senang, aku boleh menfaat dari harta dia" takyah aku susah cari kerja. Kalau fikir nak menafaat dari harta dia,busuk sungguh hati kita, Ingatlah itu harta meraka, kamu tiada hak nak ambil hartanya. Aku tunggu pusakanya nanti, siapa pula yang menentukan mati, bagaimana kalau kita yang mati dulu. Satu hal lagi, masih cari pasangan pun dah pikir supaya pasangannya nanti mati, bagaimana nak aman rumahtangga?Bukan tak boleh fikir tentang harta, tapi berpada-padalah. Jangan sampai kita tenggelam dengan alasan yang direka.
Apa ada pada keturunan?في الحديث: "من تزوج امرأة لحسبها، لم يزده الله بها إلا ذلا"Maksud: Siapa yang mengahwini perempuan kerana keturunannya, Allah tidak akan menambah dengan keturunan itu kecuali kehinaan.Terdapat mereka yang mencari pasangan dengan mementingkan soal keturunan. Itu keturunan dia, yang kita nak sibuk dangan keturunan orang lain kenapa? Adakah dia minta dilahirkan begitu, semua itu ditentukan oleh Allah Taala. Tiada siapa yang boleh bangga dengan keturunannya. Seorang anak raja tidak pernah berdoa sebelum ia lahir agar dilahirkan sebagai keturunan raja. Bertakwalah kepada Allah.
Apa ada pada kecantikan?
Kalau tak cantik takde nafsu lah? satu jawapan yang lojik. Tapi perlukah kita kepada logik sedangkan banyak dalil yang menunjukkan kecantikan bukan segalanya dari Al-quran, hadis , pepatah "Cinta itu buta" sehingga kita semua jenis manusia mampu berpasang sedangkan mereka mempunyai kecacatan sendiri.Kecantikan mungkin akan hilang dalam sekelip mata dan pasti akan beredar mengikut usia.Selain itu, cuba ditanyakan, dimana kecantikkan wanita itu? dimukanya atau fizikalnya, nescaya yang waras akan menjawab pada akhlaknya. Tapi kenapa alasan anda menjadi tidak waras apabila memilih kecantikan fizikal perempuan itu. Anda kena akui bahawa anda tetap akan tertarik sekiranya berjalan dibelakang seorang perempuan, walaupun seburuk mana wanita itu malah makyah pun boleh memperdayakan seseorang.Sejauh mana tarikan dari wanita itu? jangan bimbanglah jika dari pandangan mata, kita tak tertarik lansung dengan seseorang wanita. Hakikatnya perempuan yang berakhlaklah yang menjadikan hubungan anda lebih intim.Jangan sampai keutamaan kepada kecantikan membelakang segalanya.
Apa ada pada agama?
Agamalah segala-galanya. Sekiranya kita berharta, tidak pula dia boros Sekiranya tidak berharta, tidak pula dia bersungut. Dialah yang bakal menjaga keturunan yang mendoakan kita sewaktu kita tiada.Dialah yang menjaga kecantikan dan budi pekerti keturunan kita. Kecantikan akhlaknya sentiasa subur dihati.
Bagi perempuan, Sabda Rasullah saw:
إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض رواه الترمذي وقال حديث حسنMaksud: Apabila kamu dipinang oleh mereka yang kau redho agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Sekiranya tidak dilakukan, akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang meluas.
Walaupun keadaan hadis ini ditujukan kepada aulia/penjaga/wali, Namun asas kepada pemilihan bagi wanita itu adalah agama, dan yang kedua akhlak. Sekiranya ada yang masih memikirkan kepentingan yang lain lebih dari dua perkara diatas nescaya rugi, dan amat rugi, malah bakal menimbulkan masalah yang lebih besar dalam masyarakat.
Walahualam.

Senyumlah...
















  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Tuesday, October 14, 2008

Syarat Sah Seorang Imam.

Ihsan dari Dr Abdul Salam Muhammad Shukri,Mymetro.com


ANTARA syarat sah imam atau jemaah ialah:

(1) Islam

(2) Berakal

(3) Cukup umur

(4) Lelaki yang sebenar (sejati) sekiranya makmum di kalangan lelaki dan khunsa.

(5) Suci daripada hadas dan kotoran.

(6) Baik dalam bacaan dan mengerjakan rukun. Solat tidak sah di belakang imam yang bisu. Begitu juga tidak sah mengikut imam yang tidak berupaya rukuk, sujud, duduk dan mengadap kiblat kecuali makmum sama juga dengan keadaan imam.

Mengikut mazhab Maliki disyaratkan imam berupaya menunaikan rukun solat sama ada rukun qawli (perkataan) seperti bacaan al-Fatihah dan fi’li (perbuatan) seperti rukuk, sujud atau berdiri. Sekiranya imam tidak mampu, tidak sah menjadi imam kecuali apabila makmum dan imam sama-sama uzur.

(7) Imam bukan seorang makmum. (az-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, II: 173-79)

Berdasarkan syarat di atas, kemungkinan jabatan agama menarik balik percalonan anda sebagai imam. Terimalah dengan penuh keredaan untuk kebaikan semua.

Selain itu, imam yang paling layak di kalangan anggota masyarakat adalah berdasar dua kategori utama iaitu sama ada berdasarkan:

(1) Orang yang paling faqih dan alim (afqahuhum) mengenai hukum solat atau

(2) Orang yang paling baik bacaan dan tajwidnya (aqra’uhum).

Imam Malik dan Shafie berpendapat, imam dipilih daripada kalangan orang yang paling tahu mengenai hukum solat dan bukannya yang paling baik bacaannya. Ada yang berpendapat sebaliknya seperti Abu Hanifah, al-Thawri dan Ahmad (Ibn Rushd, Bidayat al-Mujtahid, I: 206).

babies di Syawal....

1)Airin,anak sulung bapa saudara,Ridzuan,adik kepada emak di Kuala Ibai,Terengganu.baru berumur dalam lingkungan 3-4 tahun.(2 Syawal 1429H)

Comel tak?













2)Aqilah,anak Pok Der,umurnya lebih kurang 2 tahun.Di Ladang,Kuala Terengganu.(2 Syawal 1429H)




















3)Amar,anak Udin,umur setahun lebih di Ladang,Kuala Terengganu.(2 Syawal 1429H)


















Comel?Sila drop comment ye...

aku di syawal.Ganjaran Puasa 6 di Syawal.

salam....
aidilfitri...

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.


Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’

Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa

qada.

Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat

sebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

nuff

Ad