SPA

Time is chasing YOU!

Wednesday, January 28, 2009

W20 Real Madrid Vs Depor (SuperDepor ?)

Raul closer to Stefano!!







Minggu ke-20


Dengan rekod 306 gol peribadi El Capitan, Raul Gonzalez, Real Madrid berjaya melengkapkan kemenangan ke-5 berturut-turut dalam La Liga BBVA.Jaringan tunggal El Capitan ini memerlukan hanya satu gol untuk menyamai rekod All-Time goalscorer untuk Real Madrid yang merangkumi kesemua jenis pertandingan.





Highlights :

Wednesday, January 21, 2009

W19 Real Madrid 3 - 1 Osasuna

El Pipita scores again!!





Untuk week-19,Satu drama kontroversi La Liga dapat kita saksikan,di mana dengan kontroversi oleh linesman dan pengadil,Arturez Burull, Real Madrid menang 3 gol berbalas 1.

First half,permainan yang amat membosankan daripada players Los Merengues, di mana playmaker utama,Guti tidak beraksi kerana injury(4 minggu),dan role ini dipegang oleh Wesley Sneijder.Game ini amat mengecewakan kerana sumbangan daripada Sneijder tidak memberangsangkan, dengan set-pieces yang tidak menjadi dan vision yang tidak berpengaruh untuk membina gameplay.

Yang menjadi kontroversinye,Referee,telah menafikan penalti setelah Gago secara terang-terangan menjatuhkan Juanfran,bekas player muda Real Madrid,seorang winger kanan yang lincah dan sepanjang fist half ini,dialah yang paling memberangsangkan dengan dribbling dan crossing serta visi untuk mencari gol.

Akan tetapi,akibat daripada gameplay Real yang membosankan, Nekounam telah menjaringkan gol hasil daripada hantaran Plasil dari left flank dengan out-muscle Cannavaro(pendek sangat),
dan menanduk gawang Iker Casillas yang helpless.

Second half,Juande ramos,coach terkini Los Merengues, menggantikan Sneijder dan Cannavaro dengan Van der Vaart dan Huntelaar,di mana Lassana Diarra menjadi right back dan Sergio Ramos menggantikan posisi Cannvaro.

Pada minit ke-50,Ramos telah menjaringkan gol selepas men'curi' bola daripada Gago,perancang Los Merengues, dan merembat bola dari jarak 20-30 meter dan gk Osasuna,Roberto menampan bola ke golnya sendiri.


Pada minit ke-64, El Pipita Gonzalo Higuain, telah menambah jaringan,2-1 hasil daripada nice work daripada Robben.


Akhirnya,Robben menambah jaringan setelah dribble dari right flank dan merembat dengan kaki kirinya.GOL!3-1.Sekali lagi kita dapat lihat karekter team ini.Excellent Comeback!.


Full highlights


Barcelona mungkin Juara La Liga 2008/2009











Barcelona menjadi satu team yang kuat season ini.Bukan seperti season yang terdahulu,menjadi kambing hitam dalam sejarah La Liga,dengan kecederaan key player seperti Samuel Eto'o dan Ronaldinho.Setiap minggu pasti kita dapat lihat Barcelona menang dengan jumlah gol yang banyak dengan corak permainan yang menarik.Dengan hadirnya Leonel Messi,Xavi Hernandez,Iniesta merupakan playmaker yang bertaraf world class,Messi dengan skill dribbling yang licik dan laju pergerakannya,Iniesta dengan vision yang tajam serta skill Xavi yang mengawal midfield dengan skill passing yang tajam,Barcelona sekali lagi membelasah pihak lawannya minggu ini, Deportivo La Coruna,yang pernah dikenal sebagai Superdepor satu ketika dahulu,5-0.

Kita lihat highlights dibawah,satu permainan yang very interesting.





Golazo: Leonel Messi(21'),Thierry Henry(27' & 82'),Samuel Eto'o(41' & 86)

Kefakiran Tertutup Dengan Mentaati Allah.

Pintu rezeki untuk setiap makhluk di dunia telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sebelum dilahirkan ke dunia azali lagi. Ia terkandung di dalam Surah Hud, ayat 6 bermaksud, "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk melata di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung (menjamin) rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)".

Malah, hadis Qudsi riwayat Nasai menegaskan bahawa, "Sesungguhnya malaikat Jibril memberitahuku bahawa manusia tidak akan mati sehingga disempurnakan ajalnya dan memperoleh rezeki yang diperuntukkan kepadanya. Maka, bertakwalah kepada Allah dan mintalah kepada-Nya".


Namun demikian, mengurniakan rezeki dan mencari rezeki adalah dua perkara berbeza sama sekali. Mengurniakan rezeki memang 'kerja Allah swt', tetapi mencari rezeki adalah kewajipan manusia. Bukan sesuatu yang kena pada syarak jika makhluk hanya berpeluk tubuh sementara menunggu rezeki yang sudah 'dijamin' itu.

Dan, mencari rezeki pula tidak terbatas kepada berusaha memaksimumkan sumber sedia ada, malah Islam mengajar banyak amalan lain agar rezeki yang 'dijamin' itu akan diperoleh secara mudah, murah serta melimpah.

Antara amalan yang diajar junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ialah menyibukkan diri untuk beribadat kepada Allah walau sesibuk mana sekali pun.

Dalam satu hadis Qudsi riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah ra dijelaskan bahawa, "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu".

Islam juga mengajar umatnya berbanyak beristighfar. Ia adalah satu bentuk kerendahan hati dan rintihan seorang hamba kepada Maha Pencipta.

Dalam satu hadis lain riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ra, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud, "Sesiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

Amalan lain ialah berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah saw berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambung tali kekeluargaan.

Ini terkandung di dalam hadis bermaksud, "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaan buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim).

Malah berbuat baik kepada kedua-dua orang tua, seperti dijelaskan Rasulullah saw, ialah termasuk mendoakan kesejahteraan kedua-duanya.

Baginda mengingatkan bahawa, "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa untuk kedua-dua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).

Amalan kebajikan termasuk membantu insan lemah dan daif turut mampu melimpahkan rezeki manusia. Malah menggembirakan orang yang sedang sakit serta anak yatim dan fakir miskin, bagi Islam, ia dikira amalan kebajikan.

Ini bertepatan dengan gambaran yang diberikan menerusi hadis riwayat Bukhari bermaksud, "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah di kalangan kamu'.

Kerja kebajikan, tidak kira apa juga bentuknya, dijelaskan hadis Nabi saw riwayat Ibnu Abbas bermaksud, "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi makhluk lain.

Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, menyempitkan rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

Amalan kebajikan lain yang mampu 'menarik rezeki' ialah perbuatan bersedekah. Rasulullah pernah bersabda kepada Zubair bin al-Awwam bermaksud: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya".

Banyak lagi amalan murni yang diajar junjungan besar Nabi Muhammad ke arah penyuburan rezeki termasuk membanyakkan selawat ke atas baginda, berpagi-pagi dalam mengerjakan urusan mencari rezeki. sentiasa beribadat malam (tahajud), membiasakan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk, berzikir, berdoa dan membaca al-Quran.

nuff

Ad