SPA

Time is chasing YOU!

Friday, February 6, 2009

6 akibat buruk makan berlebihan


MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

  • Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.
  • Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.
  • Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.
  • Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.
  • Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.
  • Menimbulkan banyak penyakit.
  • Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota baan akan malas diajak beribadat.”

    Ihsan dari www.hmetro.com.my



    No comments:

    nuff

    Ad