SPA

Time is chasing YOU!

Wednesday, February 4, 2009

Sabtu ini balik kampung, yeah yeah!!



Akhirnya dapat jua ku pulang ke kampung tercinta, biarlah apa yang sudah berlaku berlalu, dan dengan harapan aku memperoleh hikmah di sebalik kejadian itu. Tiada yang indah selain dapat ku lihat kehindahan wajah air muka Pa dan Ma sendiri. Bukankah dengan melihat wajah ibubapa sendiri adalah salah satu pintu rahmat bagi seseorang.

Naik bas pukul 10 pagi......lebih kurang 7-8 jam baru sampai ke destinasi. Agak meletihkan juga berdasarkan pada pengalaman-pengalaman yang lalu. Tetapi kalau naik kereta sendiri bagus juga, sudah lama aku tidak memandu, selepas Wani (kakak sulung) kahwin bulan disember tahun yang lalu, 2008. Ketika itu aku pandu perodua kancil dari kerteh ke kuala lumpur melalui LPT (lebuhraya pantai timur).Tak pernah aku lalu lebuhraya ini.Satu pengalaman yang baru bagiku. Tapi aku memang suka memandu kereta lebih-lebih lagi kalau jarak perjalanan yang jauh dan ke tempat yang baru. Menjadi penumpang agak meletihkan, dan kalau kebosanan, tidurlah jawabnya.

Aku berharap pulangan ke kampung untuk kali ini dapat membuka pintu rezeki bagiku. Hidup ini kekadang disebalik seribu kesusahan ada satu kesenangan, dan satu kesenangan itu seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Aku ini hanyalah seorang insan yang memang jelas tidak sempurna, sebaik-baik insan yang sempurna adalah kekasih Allah s.w.t., kupohon seribu junjungan ke atas baginda s.a.w. Aku seharusnya tidak putus usaha.Tidak putus berdoa kepadaNya, kerana hanyalah kepadaNya kita bergantung di sebalik yang sementara dan yang kekal.



Pa, Ma, ampunkanlah imang, setelah selama ini imang tidak dapat memenuhi cita-cita dan harapan Pa dan Ma.

No comments:

nuff

Ad